Tuesday, 10 February 2015

Baby Bump Lisa Surihani Kini Sudah Mula Kelihatan




Terus-terang, Murai Batu adalah antara yang paling teruja apabila mendapat tahu berita sahih yang aktres, Lisa Surihani kini telah hamil.



Kegembiraan Murai Batu juga dikongsi ramai peminat yang sentiasa mendoakan Lisa dan suaminya, Yusry KRU agar memperoleh zuriat dalam waktu terdekat sekali gus melengkapkan lagi keluarga bahagia mereka.



Cuma kat sini Murai Batu tertanya-tanya, dah berapa bulankah usia kandungan Lisa Surihani ini kerana setakat artikel ini ditulis, Murai Batu belum dapat perkhabaran yang sah tentang usia kandungan itu. Malah Lisa sendiri belum mendedahkannya kepada mana-mana media atau laman sosial.



Sebut pasal media sosial, pagi tadi teman Murai Batu ada tunjukkan di laman Instagram milik Sharifah Amani yang memaparkan foto terbaru Lisa Surihani. Ya, foto ini dekat Instagram Sharifah Amani dan bukannya Lisa Surihani.






Foto itu menunjukkan badan Lisa kini semakin berisi dan apa yang menariknya, kelihatan seperti baby bump di perut Lisa jika dilihat pada foto yang memaparkan sudut tersebut.






Sama ada betul baby bump atau bukan, tidaklah Murai Batu dapat pastikan tetapi berdasarkan komen-komen yang Murai Batu baca, ada yang mengatakan itu memang benar baby bump.



Tidak kisahlah baby bump atau bukan, janji sama-sama kita doakan kesihatan Lisa dan bayi dalam kandungannya itu dan semoga segalanya dipermudahkan untuk kelahiran Yusry Jr itu nanti.

Source Baby Bump Lisa Surihani Kini Sudah Mula Kelihatan

Due Respect to Kamithemedia Original Source Author!

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 Wara Bellicose All Right Reserved
Shared by Google Blog