Saturday, 28 February 2015

Jelik sebab Facebook

SUMBER



Tekan pada 'SUMBER' untuk melihat artikel.








Basyar Mustapha pasti mesti ramai di luar sana yang bosan dan muak dengan perangai rakan tunjukkan di Facebook mahupun di media sosial lain sampaikan dilema untuk berkawan lagi atau tidak dengan mereka.

Laman media sosial terutamanya Facebook dianggap satu laman sosial yang membawa elemen positif dalam menjalinkan perhubungan terutamanya persahabatan. Dengan menggunakan Facebook, dapatlah kita berhubung semula dengan kawan lama atau mengetahui perkembangan kenalan.

Namun, setiap perkara itu ada baik buruknya tidak terkecuali laman sosial kegemaran ramai ini. Jika tidak kena caranya, kita boleh menjejaskan jalinan persahabatan disebabkan tabiat atau perangai kita di Facebook.

Apa tidaknya, kalau selalu memuat naik status yang negatif atau menjengkelkan. Gambar pula seperti syok sendiri dan hendak menunjuk apa yang dimiliki. Apabila kawan yang lain tengok ia boleh menimbulkan ketidakselesaan dan perasaan menyampah lantas membuatkan kita berubah hati dengan kawan kita itu. Apatah lagi kalau bila berjumpa dia tidaklah seteruk itu, tetapi apabila di Facebook berlainan sungguh perwatakannya. Adakah di Facebook itu adalah keperibadian sebenarnya atau dia memang mahukan perhatian?

Adakah laman sosial terutamanya Facebook menggugat persahabatan anda dan rakan? Mungkin beberapa petanda ini dapat memberi petunjuk.

Anda elak berjumpa dengan kawan itu kerana sudah muak dengan statusnya di Facebook

Si kawan tidak habis-habis dengan pendapatnya tentang setiap isu. Ada saja tak kena dengan politiklah, kawan, keluarga dan jiran. Mesti ada rungutannya tentang setiap perkara dan Facebook medannya bercerita. Ataupun gambar yang dimuat naik macam hendak menunjuk kelebihan atau kekayaannya.

Hingga satu tahap anda berfikir sudah tidak ada hati mahu berjumpa atau bertembung dengan si kawan ini sebab sudah naik muak dengan dia. Kalau dia ajak keluar lepak atau minum pun anda rasa malas sangat.

Sebabkan sudah jelik dengan perangai kawan di Facebook, anda bertindak protes dalam diam. macam mana agaknya protes dalam diam tu? Maksudnya anda tidak lagi "like" atau memberi komen di statusnya. Jika dia komen di status anda pun anda tidak layan.

Mungkin sebab tidak berani berterus terang atau tidak mahu konflik ini adalah perkara lazim yang selalu kita buat. Tapi lama-kelamaan kawan itu akan sedar juga dan mungkin akan bertanya kepada anda apa yang sedang berlaku sebenarnya. Mungkin itu peluang terbaik untuk memberitahunya. Tapi dia bolehkah dia terima?

Dulu anda dan dia berkawan baik dan sering lepak bersama tapi sejak dia tunjuk perangai di Facebook dengan melampau, rasa sudah jauh hati dengan kawan itu. Lepas sudah tidak "like" dan tidak layan komen dia, anda rasa gatal tangan hendak sorokkan status yang dibuatnya. Jadi anda pergi ke tetapan Facebook.

Dalam banyak-banyak rakan kita pasti ada yang kita jelak dan bertindak melayannya sebegini. Namun seeloknya kita elakkan konflik dan berkomunikasi secara baik dengan kawan kita itu supaya perkara tidak menjadi lebih berat.




Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 January 2015 @ 5:03 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25642#sthash.CPccL9nx.dpuf





Source Jelik sebab Facebook

Due Respect to Blackandwhite Original Source Author!

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 Wara Bellicose All Right Reserved
Shared by Google Blog