Legenda Pokemon
SUMBER
Tekan pada 'SUMBER' untuk melihat artikel.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28749#sthash.mVVKFjpL.dpuf
Source Legenda Pokemon
Due Respect to Blackandwhite Original Source Author!

Zaman kanak-kanak era 90-an melakarkan pelbagai kenangan manis seperti keseronokan memiliki permainan konsol. HAZRIL MDNOR percaya ramai anak muda masa kini masih lagi mengenang Pokemon sebagai ‘game’ konsol paling popular pada abad itu.
Sebut saja mengenai permainan maya yang wujud suatu ketika dulu, boleh dikatakan ramai anak muda mula terbayang keseronokan bermain konsol ‘Gameboy’ ketika di bangku sekolah dulu.
Walaupun pada masa itu terdapat ratusan permainan konsol popular, Pokemon tetap berada dalam liga yang tersendiri. Permainan ini turut mempunyai peminat khususnya anak muda yang menyukai corak permainan dan ciri menarik ditawarkan ‘game’ itu.
Dicipta oleh Satoshi Tajiri pada 1996, permainan Pokemon yang dikeluarkan oleh GameFreak di konsol ‘Gameboy’ sehingga kini sudahpun mencapai keluaran keenam sejak permainan ini mula diperkenalkan. Bagi sesiapa yang pernah bermain permainan Pokemon, penulis percaya anda pasti tidak dapat melupakan ‘game’ ini yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dulu.
Kumpul dan latih
Umumnya, permainan ini berkonsepkan pengumpulan serangga atau haiwan fiksyen dipanggil ‘Pokemon’ yang kemudiannya dilatih untuk digunakan dalam perlawanan menentang pelatih lain. Pada awalnya, pemain diberikan pilihan antara tiga jenis Pokemon di permulaan permainan yang masing masing mempunyai jenisnya tersendiri. Misalnya, pemain perlu memilih Pokemon jenis api, air atau rumput semasa awal permainan.
Menariknya, pemain boleh mempertandingkan Pokemon mereka dengan Pokemon lain untuk meningkatkan kekuatan dan mempelajari lebih banyak teknik berlawan Pokemon. Lebih menarik lagi apabila Pokemon berupaya untuk ‘berevolusi’ menjadi lebih kuat dan dianugerahkan set kuasa yang baru. Sepanjang tempoh permainan, pemain akan bertembung dengan pelbagai pelatih yang harus dikalahkan dan juga berpeluang memasuki bandar baru. Di setiap bandar, pemain perlu menewaskan ketua ‘gym’ untuk mara ke bandar seterusnya.
Uniknya, setiap Pokemon yang berada dalam perlawanan akan dibekalkan Power Points (PP). Setiap set kuasa mewakili beberapa PP bergantung kepada tahap kekuatan kuasa itu. Berbanding dengan ‘game’ lain pada ketika itu, dunia Pokemon tidak menggunakan unsur keganasan seperti darah dan sebagainya. Setiap Pokemon yang kalah dalam perlawanan tidak akan mati tapi hanya pengsan dan akan sembuh semula selepas dibawa ke Pokemon ‘Center’.
Ketika dalam perlawanan, Pokemon memiliki kelebihan ke atas spesies lain bergantung pada jenis. Misalnya, kuasa yang digunakan Pokemon jenis air akan meningkat dua kali ganda apabila digunakan ke atas Pokemon jenis api. Tambahan lagi, pemain berupaya mematahkan serangan pihak lawan dengan menggunakan kuasa istimewa daripada Pokemon. Contohnya, Pokemon lawan boleh diracuni, ditidurkan, dikelirukan, dilumpuhkan, dibekukan malah dibakar bergantung pada kuasa istimewa yang ditimpa ke atas mereka.
Berkisarkan proses kumpul dan latih, pemain harus bijak mencipta pasukan Pokemon yang ditangkap menggunakan ‘Pokeball’. Menariknya, ‘Pokeball’ mempunyai pelbagai jenis contohnya seperti ‘Ultraball’ dan juga ‘Masterball’ yang berupaya menangkap Pokemon tanpa kegagalan. Pokemon yang berjaya ditangkap akan direkodkan datanya ke dalam ‘Pokedex’ di mana pemain boleh melihat ciri-ciri dan latar belakang Pokemon itu.
Versi berbeza
Kerana sambutan hangat daripada pemain di seluruh dunia, GameFreak bertindak meluaskan empayar francais mereka dengan melancarkan lebih banyak versi permainan Pokemon yang setiap satunya menawarkan sistem baru dan penambahan spesies Pokemon. Penulis kemukakan dua generasi permainan Pokemon yang digilai anak muda suatu ketika dulu.
Pokemon Red dan Blue menandakan titik permulaan generasi pertama Pokemon yang menampilkan lebih 151 jenis Pokemon asal. Generasi ini berakhir dengan pengeluaran Pokemon Yellow yang menawarkan pemain sejenis Pokemon istimewa iaitu ‘Pikachu’ sebagai pilihan pertama.
Dalam permainan ini juga, pemain akan kerap kali bertembung dengan musuh. Kebiasaannya, musuh pemain akan menggunakan Pokemon yang lebih kuat. Jika pemain memilih Pokemon jenis api, musuh pemain secara automatik menggunakan Pokemon jenis air.
Generasi kedua yang terdiri daripada Pokemon Gold dan Silver pula menampilkan sistem baru seperti perubahan waktu siang dan malam serta konsep tumbuhan yang membesar seperti ‘Berries’. Tumbuhan ini boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan seperti menyembuhkan atau meningkatkan kuasa Pokemon.
Generasi ini juga memperkenalkan sistem pembiakan di mana pemain boleh membiakkan dua Pokemon yang berlainan jenis. Generasi kedua ini akhirnya dilengkapkan dengan pengeluaran Pokemon Crystal yang memperkenalkan ciri baru seperti pemilihan jantina watak utama.
Apa kata Gen Y
Nadzreen Shah Mat Salim, 24
“Teringat lagi keseronokan waktu ketika dulu apabila dapat menewaskan ketua ‘gym’ yang terakhir dalam Pokemon versi Red dan Blue. Sebelum tibanya perlawanan, saya sempat melatih Pokemon ke tahap tertinggi agar tidak kalah dalam satu percubaan. Lagipun, kita harus bijak memilih Pokemon yang sesuai untuk bertanding bagi mengelakkan kekalahan,” katanya.
Mohamad Hafiz Mohamat Salleh, 22
“Tak ada cabaran yang lebih hebat selain bertanding menangkap Pokemon jenis burung berstatus legenda. Memang banyak cabarannya kerana terpaksa mengalahkan pelatih yang hebat belaka sebelum bertembung dengan Pokemon legenda seperti ‘Articuno’, ‘Zapdos’ dan ‘Moltres’. Permainan ini juga menguji minda kerana setiap pemain perlu mencipta pasukan Pokemon yang kuat untuk memenangi setiap perlawanan,” katanya.
Amirul Syafiq Mazlan, 22
“Pokemon antara permainan yang mempunyai grafik menarik pada abad itu dan setiap Pokemon pula hadir dalam bentuk berbeza. Bagi saya, Pokemon memang unik kerana menampilkan sistem permainan yang berbeza seperti pengumpulan haiwan fiksyen. Cabaran mengumpul pokemon yang lebih kuat daripada sebelumnya adalah pengalaman paling seronok,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Februari 2015 @ 8:00 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28749#sthash.mVVKFjpL.dpuf
Source Legenda Pokemon
Due Respect to Blackandwhite Original Source Author!
0 comments:
Post a Comment