Wednesday, 11 February 2015

Usia 19 Tahun, Tapi Badan Macam Budak 7 Tahun Akibat Tumor






CHINA – Meskipun usianya sudah mencecah 19 tahun, namun Zeng Yushan masih kelihatan seperti budak perempuan berusia 17 tahun. Keadaan ini berlaku disebabkan Zeng menghidap tumor di kalenjar pituitarinya.



Tumor itu berlaku ketika dia berusia tujuh tahun dan sejak itu, pertumbuhan Zeng juga terhenti. Malah dia juga tidak pernah melalui haid.



Zeng yang dilahirkan pada Jun 1994 di Fushun itu mempunyai ketumbuhan di belakang hidung dan berhampiran otak dengan saiz sebesar kacang.



Tanpa sebarang rawatan, Zeng tidak akan membesar namun disebabkan kos perubatan di China adalah tinggi maka dia tidak mampu mendapatkan rawatan.



Bapanya meninggal dunia akibat kanser gastrik pada 2013 dan sejak itu Zeng yang masih berfikiran seperti kanak-kanak berusia tujuh tahun, menetap sendirian.



Dia menjadi peminta sedekah namun nasibnya berubah apabila sepasang suami isteri telah menjadikan Zeng sebagai anak angkat mereka.



Menurut Guo Liu, 50, ketika pertama kali mereka melihat Zeng, mereka tidak pasti sama ada dia lelaki atau perempuan kerana rambutnya botak dan mengalami masalah fizikal yang teruk.



“Kami bercadang membawanya kepada doktor untuk rawatan. Ketika ini dia boleh serasi dengan kami.



“Saya dan isteri saya kini sedang mencari sesuatu supaya Zeng dapat berdikari selepas kami meninggal dunia kelak,’’ katanya.



Dalam pada itu harapan utama Zeng ialah untuk ke sekolah namun tidak ada satu sekolah pun yang mahu menerimanya disebabkan Zeng sudah berusia 19 tahun. - mynewshub


Source Usia 19 Tahun, Tapi Badan Macam Budak 7 Tahun Akibat Tumor

Due Respect to Saja-Saja Original Source Author!

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 Wara Bellicose All Right Reserved
Shared by Google Blog