Saturday 14 February 2015

Masalah teknikal, soalan PR1M 13 Februari batal



Masalah teknikal, soalan PR1M 13 Februari batal



SHAH ALAM – Soalan Peraduan Rakyat 1Malaysia (PR1M) bertarikh 13 Februari yang disiarkan akhbar Sinar Harian hari ini dibatalkan.



Menurut Editor Tugas-tugas Khas Sinar Harian, Lailatun Khalilah Nasir, berlaku kesilapan teknikal yang menyebabkan soalan bertarikh 13 Februari sama dengan tarikh sebelumnya.



Oleh kerana itu, soalan bagi 13 Februari akan disiarkan pada akhbar Sinar Harian keluaran esok, 14 Februari.



“Kami memohon berbanyak maaf kepada anda di atas kesilapan teknikal ini.”



PR1M menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 setiap hari sebagai ganjaran kepada pembaca dengan hanya perlu menjawab satu soalan yang diajukan setiap hari melalui akhbar Sinar Harian.



Setiap jawapan menggunakan borang rasmi hendaklah dikembalikan kepada Sinar Harian sebelum tarikh tutup yang dinyatakan.




- Sumber:



Source Masalah teknikal, soalan PR1M 13 Februari batal

Due Respect to Blackandwhite Original Source Author!

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 Wara Bellicose All Right Reserved
Shared by Google Blog