Obses permainan video
SUMBER
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/30387#sthash.DanreaM7.dpuf
Source Obses permainan video
Due Respect to Blackandwhite Original Source Author!
Setiap genre permainan video memberikan kepuasan yang berbeza. HAZRIL MDNOR akui ketagihan permainan video berpunca daripada diri sendiri yang salah memilih ‘game’ dan tidak bijak membahagikan masa.
Sukar untuk kita menolak ke tepi sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan. Senario seperti ketagihan pada permainan video sebenarnya bergantung kepada setiap individu menentukan tahap kemampuan mereka untuk menahan diri daripada terus bermain. Penulis akui memang mudah untuk kita lafazkan perkataan ‘berhenti’ tapi amat sukar sekali untuk melaksanakannya.
Seperti yang diketahui, permainan video dianggap sebagai hiburan masa lapang untuk mengurangkan tekanan ataupun sekadar suka-suka. Tapi hairannya, ada yang sanggup berhabis duit untuk menghadap komputer di kafe siber, malah ada yang lebih rela duduk di rumah sekadar menikmati keseronokan permainan konsol sehingga digelar antisosial.
Soalnya, adakah berbaloi menghabiskan begitu banyak masa untuk hiburan maya? Sudah tentunya ia menghalang diri kita menjadi lebih produktif, malah menghalang kita untuk menyiapkan kerja tertunggak ataupun tugasan penting. Oleh itu, penting sekali untuk amalkan faktor pembahagian masa yang betul dan kurangkan ketagihan bermain ‘game’. Gen Y ada beberapa langkah menarik untuk tatapan semua.
Hadkan masa
Masalah utama yang menyebabkan anak muda terus ketagihan ‘game’ ialah kesukaran membahagikan masa dengan betul. Penulis percaya setiap permainan yang terdapat di konsol Playstation 4, XBOX dan lain-lain mempunyai sistem permainan yang aktif dan menjanjikan keseronokan berterusan seperti kewujudan mod perlawanan yang berulang.
Oleh itu, ciri permainan ini biasanya memerlukan pemain untuk terus bermain disebabkan ganjaran lumayan seperti akses kepada kuasa baru ataupun keseronokan memiliki karakter lebih kuat yang hanya diperoleh apabila berada di peringkat tertinggi. Selain itu, keseronokan menjatuhkan pihak lawan melalui pelbagai taktik permainan juga membawa kepada unsur ketagihan.
Kesannya, ia akan menyebabkan kamu tidak berganjak daripada konsol, sekali gus menghalang kamu untuk melakukan aktiviti lain. Oleh itu, seeloknya permainan ini lebih sesuai dimainkan apabila kamu mempunyai masa terluang yang banyak contohnya ketika pada hujung minggu.
Selain itu, cuba amalkan teknik membahagikan masa seperti menetapkan berapa jam untuk satu sesi permainan. Contohnya, kamu harus sentiasa ingat untuk menyempurnakan tugasan lain yang tertunggak, jadi tentunya ketagihan pada permainan video itu akan menghalang kamu daripada menyiapkan tugasan itu.
Pilih ‘game’ yang sesuai
Golongan belia yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi mungkin mempunyai banyak masa terluang untuk aktiviti maya, berbeza dengan mereka yang sudah berkerjaya tetap. Justeru, aspek pembahagian masa antara kedua-duanya berlainan kerana masing-masing ada komitmen yang berbeza.
Individu yang bekerja pastinya inginkan hiburan segera tapi pada masa sama memberikan kepuasan. Oleh itu, permainan yang lebih santai dan mempunyai ciri penting seperti ‘save’ dan keluar lebih sesuai dengan kamu. Dengan cara ini, kamu tidak perlu lagi memperuntukkan dua hingga tiga jam berterusan untuk menikmati keseronokan bermain ‘game’.
Lain pula dengan anak muda bergelar pelajar. Pastinya mereka mempunyai banyak masa terluang untuk aktiviti hiburan dan sebagainya. Walaupun sibuk, tetap ada masa boleh diperuntukkan untuk sesi permainan video.
Oleh kerana kebebasan yang dimiliki, permainan genre FPS ataupun Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) lebih sesuai untuk kamu ditambah lagi dengan kehadiran rakan di sekeliling yang mempunyai hobi sama.
Apa pun jenis permainan yang dimainkan, ia bergantung pada kebijaksanaan setiap individu memilih jenis permainan mengikut kesesuaian dan jumlah masa yang terluang. Dengan faktor pemilihan ‘game’ yang sesuai, ia akan mengurangkan ketagihan tapi masih dapat mengekalkan keseronokan dan memenuhi kepuasan diri.
Tetapkan matlamat
Keseronokan permainan jenis Massive Multiplayer Online Role Playing Game (MMORPG) terletak pada keupayaan karakter untuk meneroka setiap kawasan yang dijelajahi dan menyiapkan tugasan sampingan bertujuan memberikan pengalaman atau ganjaran yang boleh meningkatkan tahap kekuatan karakter. Namun, teknik permainan ini sememangnya memerlukan masa yang banyak untuk pemain beralih ke tahap seterusnya.
Cuba tetapkan matlamat untuk menghabiskan ‘game’ itu pada kadar yang konsisten dan bukan terburu-buru. Contohnya dalam sehari, peruntukkan satu atau dua jam untuk meningkatkan kekuatan karakter dan pada hari esoknya, cuba pula sempurnakan ‘side quest’ yang tertunggak. Dengan cara ini, kamu boleh menikmati keseronokan ‘game’ itu secara keseluruhan tanpa perlu meluangkan begitu banyak masa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Februari 2015 @ 12:54 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/30387#sthash.DanreaM7.dpuf
Source Obses permainan video
Due Respect to Blackandwhite Original Source Author!
0 comments:
Post a Comment